Alhamdulillah
Hari ini telah tamat pengajian aku di salah satu pusat pembelajaran yang agak famous di negara ini.
Hampir 10 bulan aku habiskan masa di sana, berjumpa dengan kenalan baharu, guru-guru yang mantap, baik dan mesra serta profesional dalam menjalankan tugas.
Masihku ingat saat pertama aku jejakkan kaki di bumi bertuah itu, ibarat kanak-kanak yang baru sahaja pandai berjalan, sangat teruja untuk explore dunia baharu ini buat mereka, timbul persoalan-persoalan peik memukau mata minda, liar mencari perkara baharu, the brand new adventure.
Masihku ingat bagaimana aku mula berkenalan dengan sahabat baharu, walaupun akhirnya mereka berpindah menuju ipt yang lebih kaw yang mereka minati. Hal ini agak menyedihkan, kerana kita mahu simpan kenangan masuk sini pertama kali, supaya saat bertemu dengan mereka aku dapat mengimbau kembali kenangan masa yang indah itu.
Masihku ingat, saat aku ditinggalkan bas, waktu itu cuti aidiladha, hampir semua pulang ke pangkuan keluarga, aku sudah membeli tiket harga RM 50.00. Dan dijadualkan pulang pada hari sabtu pagi, Esoknya aku terbangun lewat, lantas dengan kelam-kabut aku meyimpan baju dengan kaedah yang dipanggil lipatan segera seperti mi segera, anda hanya masukkan mi ke dalam periuk air panas selama 2 minit, tadaa, siap. begitu jugalah baju aku waktu tu. Sejurus aku siap, aku menunggu bas dengan penuh sabar, namun ia tak muncul-muncul. Lantas aku jadi tak sedap hati, aku telefon pengurus bas itu, apa yang mereka kata?
Ohh, aduh guano ni, bas untuk ari ni dio bawo ko semale.
Male tadi? Aku bertanya,
Ho.
Rupa-rupanya mereka sudah hantar mesej kepada penumpang, tapi Allah tak izinkan aku dapat mesej tu, biasalah mereka nak mesej sorang2. Maka tinggallah aku sorang2 di bilik, kesepian, walaupun masih ada pelajar yang tidak pulang, namun pengalaman tinggal selama 3 hari disana sorang2 amat memebri kesan kepada psikologi aku ini.
But i guest, ada hikmahnya, sebab selepas kejadian itu, mereka masukkan setiap penumpang kedalam satu grup whatsapp supaya mudah untuk inform tanpa perlu takut ada lagi yang tertinggal.
Masihku ingat, saat aku
{BERSAMBUNG INSYA ALLAH}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan