Ahad, 29 Mei 2016

Bila jadi seorang pendidik?

Bila jadi seorang pendidik?


Apa maknanya menjadi seorang pendidik? Ramai tahu bahawa menjadi pendidk merupakan satu kerja yang susah dan mencabar dan stress.

Tapi satu persoalan yang ramai orang tak pernah bertanya adalah bersediakah aku untuk mendidik?
Kerana tugas mendidik ini akan dilalui oleh hampir semua orang tak kira masa dan ruang dan keadaan, 

Dan antara pendidik terbesar yang manusia umumnya boleh jadi ialah menjadi seorang ibu dan bapa bagi seorang anak.

Bagi saya inilah perkara yang ramai orang tak fikirkan sangat. Bagi mereka tugas mendidik anak mereka ini terletak sepenuhnya pada bahu guru-guru di sekolah. Kesannya, mereka serahkan urusan pengajaran yang simple untuk saya katakan seperti membaca mengira dan menulis serta melibatkan agama, seperti solat, quran, akhlak dan lain2.

Umum mengetahui bahawa pendidikan ada dua jenis, formal serta bukan formal. Pengajian formal bolehlah dikatakan satu bentuk pengajian berbentuk rasmi dan on paper seperti di dalam kelas. Manakala untuk pengajian bukan formal pula, kita belajar secara tak rasmi, tidak ada prosedur tetap, kadang-kadang anda mudah-mudah sahaja boleh belajar di jamban. Untuk pengajian non formal ini, selalunya kita belajar melalui lisan masyarakat sekeliling, dimana ilmunya diperturunkan dari generasi ke generasi. Seperti ilmu adab santun, adat budaya sesuatu masyarakat dan gaya hidup.

Pengajian non formal ini amat penting kerana ia bersifat lama serta lebih meluas berbanding pengajian formal, lebih-lebih lagi ia diajar oleh orang yang paling dekat dengan seseorang anak itu yakni ibu bapanya. Dengan wujudnya hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapanya, ia satu formula yang sangat kuat serta berkesan dalam membentuk jiwa seseorang anak itu sehingga ke satu jangka masa yang sangat panjang.

Apa yang kita boleh lihat disini ialah ramai diantara kita tidak tekankan di kawasan ini.
Mereka meletakkan tugas mendidik sepenuhnya kepada seorang guru, lantas menjadikan usaha mendidik seseorang itu lebih complicated kerana anak mula diajar oleh orang asing dalam hidupnya, not familiar person. Akibatnya wujud persengketaan dan kekeruhan hubungan antara guru dan anak pelajar lantas usaha untuk merealisasikan aspirasi negara dalam pendidikan seperti mana yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan akan menjadi satu usaha yang sia2.


Justeru amat penting untuk seseorang itu, bagi saya well prepared sebelum menjadi pendidik kepada bakal anak anda. Hal ini kerana, anak anda ialah generasi baharu masa depan, yang akan memimpin negara dan global ke hala tuju baharu yang tidak pernah dilaui oleh mankind. Jika anda rosakkan peluang untuk anak anda mendapat pendidikan yang terbaik daripada ibu bapanya yang boleh beri, literally, anda hancurkan  seluruh global.


Pesan saya kepada bujang-bujang teruna dan dara diluar sana yang terlalu eager nak pikir pasal kahwin ni, jangan hanya pikir pasal 1st Night, bilik mahupun katil semata mata dalam pikiran kamu. Ingat kahwin ni bukan citer pasal bende ni saje wei. Nanti hang akan menimang cahaya mata, persoalannya
BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI PENDIDIKNYA?

Prepare dulu mental dan fizikal, jangan fikir badan sado je, otak kecil macam tahi cicak. Jadi contoh untuk mereka, kalau nanti anak anda malas membaca buku, jangan terus attack, marah, pukul, tanya dulu kat diri sendiri, " Aku ni berape banyak dah buku aku dah bace ye? Mana lagi banyak aku baca, fb atau buku?"

Atau kalau anak dah pandai hisap rokok, jangan terus blame dia, sedangkan sejak dia dipersenyawakan(jadi nutfah) lagi, si ayah dah merokok.


Ingat pesan nabi, jangan hanya pandai berqasidah tapi tak amal bende lebih penting, wei, jangan ingat kalau hang dah pakai serban dua tiga lapis hang boleh isytihar hang cintakan nabi, tapi bende hok nabi suruh dan ngoyat, dialah yang paling berat sekali.



(segala_penulisan_di_atas_untuk_tujuan_gurau_saja_tahi_cicak_tu_main_main_saja)
no suckers, aku serius cakap ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan