Internet
Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat yang senantiasa meningkat saban hari menjadikan dunia kita bukan sahaja tiada sempadan akan tetapi menjadi lebih kecil dan lebih mudah untuk kita berhubung antara satu sama lain. Pada hari ini, anda boleh berhubung dengan orang lain dengan mudah dan secara langsung, bukan sahaja mampu mendengar suaranya namun mampu melihatnya sendiri dengan menggunakan teknologi webcam atau menggunakan medium terkenal seperti skype, walaupun anda dan sahabat anda dipisahkan oleh jarak yang sangat jauh. Semua ini adalah hasil daripada kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat kita yang makin canggih dan mengancam,
Tambahan pula, teknologi ini makin bertambah baik, lebih pantas, lebih mudah dan lebih kuat, hasil usaha saintis-saintis dan jurutera-jurutera yang siang malam menghempas pulas mereka dan menguji teori, prototaip dan kajian mereka bagi menjadikan komunikasi satu global merupakan satu realiti bukan hanya aspirasi semata-mata. Kepesatan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat ini dapat anda saksikan dalam hidup anda, tidak kira siapa anda, taraf gaji anda atau dimana anda tinggal. Terima kasih kepada usaha pelbagai pihak, saya rasa anda pasti perasan jika anda dalam perjalan pulang ke kampung, sama ada menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur ataupun Lebuh Raya Utara Selatan, anda akan melihat papan tanda atau signboard dalam omputehnya yang tertulis,
KAMPUNG TANPA WAYAR 1 MALAYSIA
Well, ia tak membawa maksud literally satu kampung yang anda takkan sesekali jumpa satu wayar disitu, tapi ia membawa maksud kampung yang menyediakan khidmat wireless internet sama ada broadband atau wifi. So, apa yang saya nak tekankan disini adalah, kampung pun sedang mengecapi kemajuan teknologi internet yang kaw2 walaupun taklah sehebat di bandar, namun the point is kampung yang simple pun sudah ada capaian internet. Bukan itu sahaja, setiap masa malah sedang berlaku disaat saya sedang menulis atau anda membacanya, teknologi komunikasi ini sedang giat dinaiktarafkan, malah sudah ada prototaip yang berfungsi Li-Fi. Apa itu Li-Fi? Li-Fi ialah adik kepada Wi-Fi, ya, Wi-Fi yang anda gunakan tu, Li-Fi tu generasi kedua Wi-Fi. Apa bezanya? Ia mudah, Wi-Fi guna gelombang radio untuk connect dengan gajet anda, yang mana anda takkan nampak gelombang tu. Tapi, Li-Fi pula lain daripada yang lain, ia guna cahaya untuk connect dengan gajet anda, laptop anda dan apa2 sahaja alat yang boleh connect dengan internet.
Masih pening? Bukan salah anda, saya pun berpusing kepala nak faham secara ringkas bukan secara teknikal, yang mana lagilah serabutnya. Well, dalam bahasa mudahnya, alat tu macam lampu, ia pancarkan cahaya, kalau gajet anda seperti smartphone terkena cahaya tu makanya akan adalah internet. Kalau tak kena cahaya tu maka internet pun putus. So whats the deal? Baik guna Wi-Fi, sebab lagi mudah, anda boleh connect dengan internet kat mana-mana sahaja. Tak perlu kena tunggu kat bawah cahaya Li-Fi ni dulu baru dapat internet. Ok, memang betul, malah saya pun setuju namun macam saya cakap, ia masih di peringkat ujian, belum dikomersialkan. Dan nak tahu apa yang bestnya, bila ia masih peringkat ujian, ia menunjukkan satu peluang yang sangat hebat, mungkin nanti saintis akan jadikan ia sangat mudah untuk dibawa dan digunakan berbanding Wi-Fi. Tapi yang best pasal Li-Fi ni, ia lebih laju berbanding Wi-Fi. Sebab apa? Saya tak tahu sebab saya tidak terlibat dengan pembinaanya. Namun setelah diuji dalam makmal, Li-Fi mampu berikan internet berkelajuan tinggi sehingga sampai satu tahap, anda mampu muat turun atau download movies yang bersaiz Gb, dalam masa beberapa saat. (Perasan tak saya tulis movies tu ada s, menujukkan ia plural, plural menujukkan banyak, so ia movie yang lebih daripada 1.)
So bayangkan kuasa internet hari ini, yang mana sudah pasti akan meningkat jadi lebih banyak dan kuat dan hebat hari demi hari, tahun demi tahun.
Potensinya memang kaw2 hebat.
x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan