Khamis, 22 September 2016

Source code game osom versi burung batu gunting kertas.
Perlu python 3 untuk bermain.
Behold!!!!!

__author__ = 'afiq'
# 5 aug 16
# game osom, burung batu gunting kertas

from random import randint

o = ('R', 'B', 'G', 'K')

komputer = o[randint(0, 3)]

pemain = True
while pemain:
    print("Sila taip huruf besar R, B, G, K untuk bermain")
    pemaim = input("Taip R=burung, B=Batu, G=Gunting, K=Kertas :")
    pemain = pemaim.capitalize()
    if pemain == komputer:
        print(" ")
        print("Seri")
    elif pemain == 'R':
        if komputer == 'K':
            print(" ")
            print("Anda menang", pemain, "patuk", komputer)
        elif komputer == 'G':
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena kerat dengan', komputer)
        else:
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena lempar dengan', komputer)

    elif pemain == 'B':
        print(" ")
        if komputer == 'K':
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena tutup dengan', komputer)
        elif komputer == 'G':
            print(" ")
            print('Anda menang!', pemain, 'lempar', komputer)
        else:
            print(" ")
            print('Anda menang!', pemain, 'lempar', komputer)

    elif pemain == 'G':
        print(" ")
        if komputer == 'K':
            print(" ")
            print('Anda menang!', pemain, 'kerat', komputer)
        elif komputer == 'B':
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena lempar dengan', komputer)
        else:
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'nak kerat', komputer, 'tapi tak sampai')

    elif pemain == 'K':
        print(" ")
        if komputer == 'B':
            print(" ")
            print('Anda menang!', pemain, 'tutup', komputer)
        elif komputer == 'G':
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena kerat dengan', komputer)
        else:
            print(" ")
            print('Anda kalah!', pemain, 'kena patuk dengan', komputer)
            print('haha')
    print(" ")
    pemain = True
    komputer = o[randint(0, 3)]
 
 
 
 
 
 
You can copy paste it into python scripts and run it. only works for python 3 and above.
kalau taknak copy, just download from this,
TEKAN SINI.  

Istiqamah

Success is cumulative in nature.

Pernah dengar ungkapan diatas? Mungkin anda belum pernah mendengarnya tetapi ungkapan kalimah ini ada benarnya dan ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia khususnya sebagai pelajar. 

Kalau anda pernah mengambil statistik semasa Tingkatan 4 dan 5 dalam Matematik Moden, mungkin anda pernah mendengar perkataan cumulative atau kumulatif. Lebih-lebih lagi bagi penuntut-penuntut ilmu di IPTA mahupun IPTS, tak lupa juga STPM. Malah perkataan Inggeris Cumulative yang diabadikan dalam huruf C dan digabungkan dengan huruf G dan P serta A menjadikan ia satu perkataan keramat yang menjadi mimpi serta igauan ngeri buat mereka khususnya mahasiswa dan mahasiswi.

Namun bukan itu yang saya nak fokuskan. Saya hanya mahu fokus kepada perkataan kumulatif.
Menurut kamus Oxford Dictionary, Cumulative ialah adjective yang merujuk kepada kata sifat di dalam bahasa Inggeris yang membawa makna:
 Increasing or increased in quantity, degree, or force by successive additions.
Faham tak?
Kalau tak biar saya huraikan sikit,
Katakanlah anda ada sebakul durian, ermm sedapnya...dalam sebakul ada 10 biji, pastu pada hari esok anda dapat satu bakul lagi, dan lusa anda dapat satu bakul lagi. Sekarang berapa banyak durian anda telah perolehi?
Jawapannya 30 biji kan. Well my friends itulah kumulatif. Dimana anda mengumpulkan jumlah yang ada kepada jumlah yang baharu, menambah jumlah harian semalam ke hari ini dan seterusnya.

Contoh lain yang saya boleh kaitkan dengan kumulatif ialah dengan memberikan salah satu  peribahasa melayu. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Mungkin anda faham makna yang nak disampaikan oleh peribahasa ini. Bahawa benda yang sikit tapi kalau kita berterusan setiap masa melakukannya maka ia akan jadi banyak satu masa nanti. 

Maka dengan ini sampailah kita ke tajuk utama kita dalam perbahasan ini. ISTIQAMAH. 

Nak tahu apa rahsia orang yang cemerlang, nak tahu rahsia orang yang berjaya, orang yang jutawan, orang yang mampu mengubah dunia?
Sudah pasti anda akan jawab ya! Dan jika saya tanya cuba teka apa rahsianya, maka anda akan cakap Istiqamah, sebab obviously nilah tajuk yang kita tengah cakapkan.

Jika anda merasakan jawapannya istiqamah, tahniah anda betul. Yayy!!

Tapi adakah anda faham?

Kalau anda baca buku build to last, ia menceritakan rahsia syarikat-syarikat visionary, yakni syarikat yang telah wujud sejak ratusan tahun lepas namun masih kukuh sampai sekarang. Penulis memberikan komen beliau tentang rahsia syarikat-syarikat ini, dan jawapan mereka Istiqamah.  

Asal kejadian, syarikat-syarikat ini mula dengan agak kecil slow dan tak dikenali ramai. Biar saya bagi contoh, kenal Apple. Maka sudah pasti terbayang di minda anda iphone 7 ipad ataupun mac. Namun, adakah anda tahu asal-usul syarikat yang diasaskan oleh  kacukan lelaki Syria dan Amerika ini,  mereka bermula agak kecil, sangat kecil sampai boleh muat dalam garaj kereta rumah. Namun, setelah berpuluh tahun sehinggakan Foundernya terpaksa dibuang daripada syarikatnya sendiri dan kembali semula, syarikat ini dinobatkan syarikat paling berharga di bumi pada tahun 2012.

Rahsia mereka, Istiqamah.
Kunci yang menjadikan seseorang itu berjaya. Tidak sama sekali berhenti walau apa jua rintangan mendatang. Biarlah susah getir macam mana sekalipun, perkataan putus asa dan berhenti bukan satu pilihan. Siang malam mengerah keringat, terpaksa mengikat perut, namun berhenti tidak sama sekali.

Payah? Of course. Ia bukan senang, untuk terus sabar dan istiqamah berusaha melawan segala payah getir. Namun, ia berbaloi. Sebab ingat lagi kumulatif, biarlah sikit, tapi selagi kita berterusan melakukannya, maka dengan izin-Dia, kita boleh berjaya.
Inilah yang amat perit untuk dilaksanakan, bukan semua orang sanggup melakukannya. Jika kita bagi 100 orang baca buku Rahsia Nak Jadi Jutawan<DIJAMIN>, nescaya daripada 100 mungkin 0 yang menjadi, sebab nak jutawan senang dalam angan-amgan, tapi istiqamah bekerja untuk dapatkannya, maka ia satu exceptional untuk orang berjaya.

Namun, itu baru sikit, tahu apa paling payah? 
Terus istiqamah walaupun dah berjaya.
Inilah delima orang yang berjaya, berhenti berusaha selepas merasakan mereka sudah berjaya. 
Saya bagi contoh, contoh yang ramai orang buat termasuk yang menaip ni.
1) Selepas berjaya mendapat 11 A+ beliau langsung meninggalkan disiplin belajarnya semasa menuntut di Universiti, lantas beliau gagal mencapai kejayaan.

2) Selepas berjaya mendapat markah yang tinggi, beliau langsung jadi kurang mengulang kaji kerana menyangka dirinya sudah pasti dapat A sebab carry mark yang tinggi.

3) Selepas dia mendapat degree yang diidamkan dia tak mahu untuk mencuba benda baharu bagi memperbaiki hidupnya, lantas jadilah dia pengganggur tegar kerana tunggu posting yang tak kunjung tiba, ataupun cashier di McD yang berdegree. (Tahanlah sikit daripada yang SPM je)

Memang susah untuk istiqamah untuk berjaya, namun lagi susah untuk kita maintain momentum kita setelah kita dapat anugerah macam-macam.
Inilah jerangkap samar buat orang yang berjaya. 

Bagi kita umat Islam, tidak ada istilah rehat di dunia ini. Rehat kita di nun jauh kat syurga insya Allah. Sebab, pertama, setiap saat ialah last minute, kita tak tahu bila kita kan bertemu si Dia, bila-bila masa sahaja cik. Kedua, kejayaan sebenar ialah bebas daripada api neraka serta masuk ke syurga-Nya. Yang mana kita takkan tahu unless kat akhirat nanti. Sebab tu, ulama yang sangat dekat dengan Allah, mereka sama sekali tidak akan kata aku lagi baik daripada kamu. Kerana mereka tahu hidayah milik Allah, ada je orang yang asal kafir namun menjadi orang yang dijamin syurga, yakni seperti Umar AlKhattab. Malah beliau agak kuat menentang Islam semasa awal Islam di Makkah. Namun, siapa sangka orang inilah yang akan sanggup mati untuk  umat Islam.

Dan ada juga kisah orang yang asalnya baik, namun menjelang akhir hidupnya dia terpesong daripada jalan kebenaran, nauzubilllah min zalik. 



So, apa tunggu lagi, jom istiqamah.



Ahad, 29 Mei 2016

Trump

Trump or who?

Sekarang tengah hangat dibicarakan di seluruh dunia tentang presidential campaign yang sedang berlangsung di amerika. Barrack Hussien Obama presiden amerika syarikat akan menamatkan khidmatnya di white house pada tahun depan dan akan digantikan dengan orang baharu.


Ingat lagi 8 tahun lepas, saat Obama menang jawatan presiden, seluruh dunia macam menyambut kedatangan hero dunia bak seperti avengers. Bagi umat islam, dia dilihat sebagai harapan baharu buat umat islam setelah mereka melalui masa yang susah semasa pentadbiran bush.


Obama pernah quote ayat quran, well itulah sebab umat islam jadi suka sangat tu. Namun, bukan kita je suka, rakyat amerika pun suka, sebab obama ni dikatakan lain daripada yang lain. Macam calon lain yang bertanding pada tahun 2008 tu, ada calon yang dikatakan more qualified dimana pernah berkhidmat agak lama dalam politik amerika berbanding Obama, tapi beza Obama berbanding calon lain adalah kaedahnya yang agak berlainan berbanding presiden lain. Selalunya seorang presiden ni hampir seperti maharaja china zaman dulu, dimana bukan semua orang boleh jumpa face to face senang2 macam tu je, biasalah protokol pelik dan serabut dan tah ape2. Tapi obama berjaya menjadi seseorang yang macam tak kisah sangat dengan prosedur pelik2, yang menyebabkan dia dilihat sebagai orang yang dekat dengan rakyat. Maybe kesan dia tinggal di indonesia waktu kecil ada beri kesan sikit pada perangai dia.




Adakah aku suka Obama? Well no comment.
Walau dia dilihat sebagai pejuang keamanan dimana dia menarik tentera amerika daripada iraq setelah invasion iraq semasa bush administration. Namun ada mengatakan tindakan dia sebenarnya melahirkan kesan domino yang membawa kepada penemuan isis islamic state of iraq and syria.


Dan ada juga yang mengkritik beliau disebabkan oenggunaan dron terhadap orang awam.
Namun apa yang saya suka dan salute dia adalah kesungguhan beliau dalam menentang climate change. Yang mana climate change ini sebenarnya amat real benar, dan kesannya sudah dapat dilihat hari ini. Jangan ingat climate change tu hanya panas dan kemarau je, well, ia sebahagian daripadanya, cuma ada bende lain yang kita tak perasan bila bercakap tentang climate change, seperti hujan yang melampau, ingat banjir kelantan 2014?




Sekarang kita bercakap tentang Trump, calon yang dikatakan agak kontroversi tapi mampu merangkul undian yang banyak daripada orang ramai. Kenapa saya kata dia agak kontroversi? Sebabnya, dia pernah mencadangkan untuk ban, larang umat islam pergi ke amerika, so kalau anda orang islam nak pergi amerika sebab nak melancong mungkin anda perlu tukar fikiran anda sebab anda akan dihalau balik, Selain itu dia juga pernah mencadangkan untuk bina satu dinding yang besar di sempadan amerika dan mexico bagi menghalang kedatangan pendatang asing tanpa izin daripada mexico ke amerika.


Bagi saya dia agak famous sebenarnya, Trump satu nama orang dan juga nama jenama, siap ada produk jenamanya Trump, seorang bilionair di amerika dan pandai dalam business. Bagi saya, walaupun dia agak kontroversi malah dipalit dengan pelbagai kritikan negatif daripada warga internet dan ahli politik amerika sendiri, ada baiknya beliau jadi presiden amerika syarikat buat amerika. Dengan pengetahuan sebagai ahli bisnes yang berjaya mungkin dia lebih berpengalaman dalam menyelesaikan masalah ekonomi amerika, walau dalam masa yang sama dia asyik petik maklumat yang salah dan kurang tepat dalam presidential campaign.




Tapi apa maknanya kepada dunia, sebagai orang yang bakal memegang jawatan paling berkuasa di amerika, negara yang paling berkuasa disisi Russia dan China, yang memegang senjata nuklear yang mungkin cukup untuk hancurkan seluruh kehidupan di muka bumi, jika digabungkan bersama oleh semua senjata yang lain.


Presiden Amerika juga sebagai commander in chief, beliau diakatakan ada satu alat, dalamnya, Presiden boleh arahkan serangan nuklear yang sentiasa 24 jam bersiap sedia untuk ditembak, just isi password dan kunci, maybe, pilih destinasi and launch. Hari ni dengan ICBM amerika mampu tembak nuklear di tanah sendiri kemana mana ancaman di benua lain. Tak perlu bawa dekat2 baru tembak, hanya lancar dari amerika dan lancar ke negara lain yang terpisah jauh daripada amerika beribu2 kilometer jauhnya.




Kita tak tahu apakah trump akan jadi, mungkin dia akan membawa revolusi yang menjadikan dunia ini lebih baik, atau sebaliknya, kita harap yang baik2 saja.














DISCLAIMER
ARTIKEL INI HANYA PANDANGAN PENULIS SAJE JE, JANGAN NAK MENGADA AMIK SERIUS, KALAU HANG BUAT JUGA HANG MEMANG KUCING.


ICBM- intercontinental ballistic missile

Bila jadi seorang pendidik?

Bila jadi seorang pendidik?


Apa maknanya menjadi seorang pendidik? Ramai tahu bahawa menjadi pendidk merupakan satu kerja yang susah dan mencabar dan stress.

Tapi satu persoalan yang ramai orang tak pernah bertanya adalah bersediakah aku untuk mendidik?
Kerana tugas mendidik ini akan dilalui oleh hampir semua orang tak kira masa dan ruang dan keadaan, 

Dan antara pendidik terbesar yang manusia umumnya boleh jadi ialah menjadi seorang ibu dan bapa bagi seorang anak.

Bagi saya inilah perkara yang ramai orang tak fikirkan sangat. Bagi mereka tugas mendidik anak mereka ini terletak sepenuhnya pada bahu guru-guru di sekolah. Kesannya, mereka serahkan urusan pengajaran yang simple untuk saya katakan seperti membaca mengira dan menulis serta melibatkan agama, seperti solat, quran, akhlak dan lain2.

Umum mengetahui bahawa pendidikan ada dua jenis, formal serta bukan formal. Pengajian formal bolehlah dikatakan satu bentuk pengajian berbentuk rasmi dan on paper seperti di dalam kelas. Manakala untuk pengajian bukan formal pula, kita belajar secara tak rasmi, tidak ada prosedur tetap, kadang-kadang anda mudah-mudah sahaja boleh belajar di jamban. Untuk pengajian non formal ini, selalunya kita belajar melalui lisan masyarakat sekeliling, dimana ilmunya diperturunkan dari generasi ke generasi. Seperti ilmu adab santun, adat budaya sesuatu masyarakat dan gaya hidup.

Pengajian non formal ini amat penting kerana ia bersifat lama serta lebih meluas berbanding pengajian formal, lebih-lebih lagi ia diajar oleh orang yang paling dekat dengan seseorang anak itu yakni ibu bapanya. Dengan wujudnya hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapanya, ia satu formula yang sangat kuat serta berkesan dalam membentuk jiwa seseorang anak itu sehingga ke satu jangka masa yang sangat panjang.

Apa yang kita boleh lihat disini ialah ramai diantara kita tidak tekankan di kawasan ini.
Mereka meletakkan tugas mendidik sepenuhnya kepada seorang guru, lantas menjadikan usaha mendidik seseorang itu lebih complicated kerana anak mula diajar oleh orang asing dalam hidupnya, not familiar person. Akibatnya wujud persengketaan dan kekeruhan hubungan antara guru dan anak pelajar lantas usaha untuk merealisasikan aspirasi negara dalam pendidikan seperti mana yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan akan menjadi satu usaha yang sia2.


Justeru amat penting untuk seseorang itu, bagi saya well prepared sebelum menjadi pendidik kepada bakal anak anda. Hal ini kerana, anak anda ialah generasi baharu masa depan, yang akan memimpin negara dan global ke hala tuju baharu yang tidak pernah dilaui oleh mankind. Jika anda rosakkan peluang untuk anak anda mendapat pendidikan yang terbaik daripada ibu bapanya yang boleh beri, literally, anda hancurkan  seluruh global.


Pesan saya kepada bujang-bujang teruna dan dara diluar sana yang terlalu eager nak pikir pasal kahwin ni, jangan hanya pikir pasal 1st Night, bilik mahupun katil semata mata dalam pikiran kamu. Ingat kahwin ni bukan citer pasal bende ni saje wei. Nanti hang akan menimang cahaya mata, persoalannya
BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI PENDIDIKNYA?

Prepare dulu mental dan fizikal, jangan fikir badan sado je, otak kecil macam tahi cicak. Jadi contoh untuk mereka, kalau nanti anak anda malas membaca buku, jangan terus attack, marah, pukul, tanya dulu kat diri sendiri, " Aku ni berape banyak dah buku aku dah bace ye? Mana lagi banyak aku baca, fb atau buku?"

Atau kalau anak dah pandai hisap rokok, jangan terus blame dia, sedangkan sejak dia dipersenyawakan(jadi nutfah) lagi, si ayah dah merokok.


Ingat pesan nabi, jangan hanya pandai berqasidah tapi tak amal bende lebih penting, wei, jangan ingat kalau hang dah pakai serban dua tiga lapis hang boleh isytihar hang cintakan nabi, tapi bende hok nabi suruh dan ngoyat, dialah yang paling berat sekali.



(segala_penulisan_di_atas_untuk_tujuan_gurau_saja_tahi_cicak_tu_main_main_saja)
no suckers, aku serius cakap ni.

Jumaat, 27 Mei 2016

Aku suka coklat

Ikut kajian coklat dapat mengurangkan stress, kerana ia ada chemical substance yang ada effect neurologikal dimana ia merangsang otak untuk feeling happy.

Pastu apa guna zikir?

Allah kata zikrullah( mengingat allah ) itu dapat menenangkan hati-hati.
So how about chocolate?

Bagi saya coklat mampu beri kesan kepada otak, well bahan kimia semulajadi yang dalam otak sebenarnya yang affect the brain. But<

Ia agak lain sebenarnya bila cerita pasal zikrullah.

Analoginya,

Katakanlah pintu itu berkunci, anda tak mampu membukanya. ( Ini stress)

Kemudian anda ada dua pilihan atau alat, untuk membuka pintu itu,

Pertama, dawai besi, dimana anda boleh selitkan kedalam ruang kunci, dan putar2 sikit lantas terbuka, ni mahir je pandai.( Ini coklat)
Atau kedua, anda boleh pergi berjumpa dengan pembuat tombol pintu ini, dapatkan kunci daripada dia masukkan lantas walla, terbuka. ( Ini pula zikrullah)

 Dua2 berkesan, namun kaedah pertama itu jika guna secara berlebihan maka tombol pintu akan rosak lantas menjadikan ia lagi susah nak dibuka.

Sama macam coklat, anda makan coklat, ya ia mampu mengurangkan stress tapi jika diambil secara berlebihan, anda akan jatuh sakit, diabetes darah tinggi, kencing manis bukan berperisa manis,
Lantas anda makin stress disebabkan terpaksa menanggung penyakit yang amat berat. Sudah jatuh ditimpa tangga, pastu tersembam ke tahi lembu yang masih suam.

Tapi kalau anda guna kunci yang betul bukan daripada orang lain, tapi kunci yang datang daripada pereka tombol itu, yang sudah pasti amat arif tentang tombol yang dia buat. Maka dia lagi berkelayakan untuk kita minta bantuan.

Begitulah zikir, ia datang daripada Allah pencipta kita, He knows ourselves better daripada apa yang kita tahu tentang diri kita. Why? Cebause Dia cipta kita so sudah pasti amat arif tentang manusia yang Dia cipta. Maka dia lagi berkelayakan untuk kita minta bantuan.


H out.

Assalamualaikum

Graduasi

Alhamdulillah
Hari ini telah tamat pengajian aku di salah satu pusat pembelajaran yang agak famous di negara ini.
Hampir 10 bulan aku habiskan masa di sana, berjumpa dengan kenalan baharu, guru-guru yang mantap, baik dan mesra serta profesional dalam menjalankan tugas.

Masihku ingat saat pertama aku jejakkan kaki di bumi bertuah itu, ibarat kanak-kanak yang baru sahaja pandai berjalan, sangat teruja untuk explore dunia baharu ini buat mereka, timbul persoalan-persoalan peik memukau mata minda, liar mencari perkara baharu, the brand new adventure.


Masihku ingat bagaimana aku mula berkenalan dengan sahabat baharu, walaupun akhirnya mereka berpindah menuju ipt yang lebih kaw yang mereka minati. Hal ini agak menyedihkan, kerana kita mahu simpan kenangan masuk sini pertama kali, supaya saat bertemu dengan mereka aku dapat mengimbau kembali kenangan masa yang indah itu.


Masihku ingat, saat aku ditinggalkan bas, waktu itu cuti aidiladha, hampir semua pulang ke pangkuan keluarga, aku sudah membeli tiket harga RM 50.00. Dan dijadualkan pulang pada hari sabtu pagi, Esoknya aku terbangun lewat, lantas dengan kelam-kabut aku meyimpan baju dengan kaedah yang dipanggil lipatan segera seperti mi segera, anda hanya masukkan mi ke dalam periuk air panas selama 2 minit, tadaa, siap. begitu jugalah baju aku waktu tu. Sejurus aku siap, aku menunggu bas dengan penuh sabar, namun ia tak muncul-muncul. Lantas aku jadi tak sedap hati, aku telefon pengurus bas itu, apa yang mereka kata?

Ohh, aduh guano ni, bas untuk ari ni dio bawo ko semale. 

Male tadi? Aku bertanya,

Ho. 

Rupa-rupanya mereka sudah hantar mesej kepada penumpang, tapi Allah tak izinkan aku dapat mesej tu, biasalah mereka nak mesej sorang2. Maka tinggallah aku sorang2 di bilik, kesepian, walaupun masih ada pelajar yang tidak pulang, namun pengalaman tinggal selama 3 hari disana sorang2 amat memebri kesan kepada psikologi aku ini.


But i guest, ada hikmahnya, sebab selepas kejadian itu, mereka masukkan setiap penumpang kedalam satu grup whatsapp supaya mudah untuk inform tanpa perlu takut ada lagi yang tertinggal.

Masihku ingat, saat aku 

{BERSAMBUNG INSYA ALLAH}




Rabu, 2 Mac 2016

Internet


Internet


       Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat yang senantiasa meningkat saban hari menjadikan dunia kita bukan sahaja tiada sempadan akan tetapi menjadi lebih kecil dan lebih mudah untuk kita berhubung antara satu sama lain. Pada hari ini, anda boleh berhubung dengan orang lain dengan mudah dan secara langsung, bukan sahaja mampu mendengar suaranya namun mampu melihatnya sendiri dengan menggunakan teknologi webcam atau menggunakan medium terkenal seperti skype, walaupun anda dan sahabat anda dipisahkan oleh jarak yang sangat jauh. Semua ini adalah hasil daripada kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat kita yang makin canggih dan mengancam,
      


        Tambahan pula, teknologi ini makin bertambah baik, lebih pantas, lebih mudah dan lebih kuat, hasil usaha saintis-saintis dan jurutera-jurutera yang siang malam menghempas pulas mereka dan menguji teori, prototaip dan kajian mereka bagi menjadikan komunikasi satu global merupakan satu realiti bukan hanya aspirasi semata-mata. Kepesatan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat ini dapat anda saksikan dalam hidup anda, tidak kira siapa anda, taraf gaji anda atau dimana anda tinggal. Terima kasih kepada usaha pelbagai pihak, saya rasa anda pasti perasan jika anda dalam perjalan pulang ke kampung, sama ada menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur ataupun Lebuh Raya Utara Selatan, anda akan melihat papan tanda atau signboard dalam omputehnya yang tertulis,
KAMPUNG TANPA WAYAR 1 MALAYSIA
      


        Well, ia tak membawa maksud literally satu kampung yang anda takkan sesekali jumpa satu wayar disitu, tapi ia membawa maksud kampung yang menyediakan khidmat wireless internet sama ada broadband atau wifi. So, apa yang saya nak tekankan disini adalah, kampung pun sedang mengecapi kemajuan teknologi internet yang kaw2 walaupun taklah sehebat di bandar, namun the point is kampung yang simple pun sudah ada capaian internet. Bukan itu sahaja, setiap masa malah sedang berlaku disaat saya sedang menulis atau anda membacanya, teknologi komunikasi ini sedang giat dinaiktarafkan, malah sudah ada prototaip yang berfungsi Li-Fi. Apa itu Li-Fi? Li-Fi ialah adik kepada Wi-Fi, ya, Wi-Fi yang anda gunakan tu, Li-Fi tu generasi kedua Wi-Fi. Apa bezanya? Ia mudah, Wi-Fi guna gelombang radio untuk connect dengan gajet anda, yang mana anda takkan nampak gelombang tu. Tapi, Li-Fi pula lain daripada yang lain, ia guna cahaya untuk connect dengan gajet anda, laptop anda dan apa2 sahaja alat yang boleh connect dengan internet.
     
       

         Masih pening? Bukan salah anda, saya pun berpusing kepala nak faham secara ringkas bukan secara teknikal, yang mana lagilah serabutnya. Well, dalam bahasa mudahnya, alat tu macam lampu, ia pancarkan cahaya, kalau gajet anda seperti smartphone terkena cahaya tu makanya akan adalah internet. Kalau tak kena cahaya tu maka internet pun putus. So whats the deal? Baik guna Wi-Fi, sebab lagi mudah, anda boleh connect dengan internet kat mana-mana sahaja. Tak perlu kena tunggu kat bawah cahaya Li-Fi ni dulu baru dapat internet. Ok, memang betul, malah saya pun setuju namun macam saya cakap, ia masih di peringkat ujian, belum dikomersialkan. Dan nak tahu apa yang bestnya, bila ia masih peringkat ujian, ia menunjukkan satu peluang yang sangat hebat, mungkin nanti saintis akan jadikan ia sangat mudah untuk dibawa dan digunakan berbanding Wi-Fi. Tapi yang best pasal Li-Fi ni, ia lebih laju berbanding Wi-Fi. Sebab apa? Saya tak tahu sebab saya tidak terlibat dengan pembinaanya. Namun setelah diuji dalam makmal, Li-Fi mampu berikan internet berkelajuan tinggi sehingga sampai satu tahap, anda mampu muat turun atau download movies yang bersaiz Gb, dalam masa beberapa saat. (Perasan tak saya tulis movies tu ada s, menujukkan ia plural, plural menujukkan banyak, so ia movie yang lebih daripada 1.)

      So bayangkan kuasa internet hari ini, yang mana sudah pasti akan meningkat jadi lebih banyak dan kuat dan  hebat hari demi hari, tahun demi tahun.
Potensinya memang kaw2 hebat.

x