Sekarang tengah hangat dibicarakan di seluruh dunia tentang presidential campaign yang sedang berlangsung di amerika. Barrack Hussien Obama presiden amerika syarikat akan menamatkan khidmatnya di white house pada tahun depan dan akan digantikan dengan orang baharu.
Ingat lagi 8 tahun lepas, saat Obama menang jawatan presiden, seluruh dunia macam menyambut kedatangan hero dunia bak seperti avengers. Bagi umat islam, dia dilihat sebagai harapan baharu buat umat islam setelah mereka melalui masa yang susah semasa pentadbiran bush.
Obama pernah quote ayat quran, well itulah sebab umat islam jadi suka sangat tu. Namun, bukan kita je suka, rakyat amerika pun suka, sebab obama ni dikatakan lain daripada yang lain. Macam calon lain yang bertanding pada tahun 2008 tu, ada calon yang dikatakan more qualified dimana pernah berkhidmat agak lama dalam politik amerika berbanding Obama, tapi beza Obama berbanding calon lain adalah kaedahnya yang agak berlainan berbanding presiden lain. Selalunya seorang presiden ni hampir seperti maharaja china zaman dulu, dimana bukan semua orang boleh jumpa face to face senang2 macam tu je, biasalah protokol pelik dan serabut dan tah ape2. Tapi obama berjaya menjadi seseorang yang macam tak kisah sangat dengan prosedur pelik2, yang menyebabkan dia dilihat sebagai orang yang dekat dengan rakyat. Maybe kesan dia tinggal di indonesia waktu kecil ada beri kesan sikit pada perangai dia.
Adakah aku suka Obama? Well no comment.
Walau dia dilihat sebagai pejuang keamanan dimana dia menarik tentera amerika daripada iraq setelah invasion iraq semasa bush administration. Namun ada mengatakan tindakan dia sebenarnya melahirkan kesan domino yang membawa kepada penemuan isis islamic state of iraq and syria.
Dan ada juga yang mengkritik beliau disebabkan oenggunaan dron terhadap orang awam.
Namun apa yang saya suka dan salute dia adalah kesungguhan beliau dalam menentang climate change. Yang mana climate change ini sebenarnya amat real benar, dan kesannya sudah dapat dilihat hari ini. Jangan ingat climate change tu hanya panas dan kemarau je, well, ia sebahagian daripadanya, cuma ada bende lain yang kita tak perasan bila bercakap tentang climate change, seperti hujan yang melampau, ingat banjir kelantan 2014?
Sekarang kita bercakap tentang Trump, calon yang dikatakan agak kontroversi tapi mampu merangkul undian yang banyak daripada orang ramai. Kenapa saya kata dia agak kontroversi? Sebabnya, dia pernah mencadangkan untuk ban, larang umat islam pergi ke amerika, so kalau anda orang islam nak pergi amerika sebab nak melancong mungkin anda perlu tukar fikiran anda sebab anda akan dihalau balik, Selain itu dia juga pernah mencadangkan untuk bina satu dinding yang besar di sempadan amerika dan mexico bagi menghalang kedatangan pendatang asing tanpa izin daripada mexico ke amerika.
Bagi saya dia agak famous sebenarnya, Trump satu nama orang dan juga nama jenama, siap ada produk jenamanya Trump, seorang bilionair di amerika dan pandai dalam business. Bagi saya, walaupun dia agak kontroversi malah dipalit dengan pelbagai kritikan negatif daripada warga internet dan ahli politik amerika sendiri, ada baiknya beliau jadi presiden amerika syarikat buat amerika. Dengan pengetahuan sebagai ahli bisnes yang berjaya mungkin dia lebih berpengalaman dalam menyelesaikan masalah ekonomi amerika, walau dalam masa yang sama dia asyik petik maklumat yang salah dan kurang tepat dalam presidential campaign.
Tapi apa maknanya kepada dunia, sebagai orang yang bakal memegang jawatan paling berkuasa di amerika, negara yang paling berkuasa disisi Russia dan China, yang memegang senjata nuklear yang mungkin cukup untuk hancurkan seluruh kehidupan di muka bumi, jika digabungkan bersama oleh semua senjata yang lain.
Presiden Amerika juga sebagai commander in chief, beliau diakatakan ada satu alat, dalamnya, Presiden boleh arahkan serangan nuklear yang sentiasa 24 jam bersiap sedia untuk ditembak, just isi password dan kunci, maybe, pilih destinasi and launch. Hari ni dengan ICBM amerika mampu tembak nuklear di tanah sendiri kemana mana ancaman di benua lain. Tak perlu bawa dekat2 baru tembak, hanya lancar dari amerika dan lancar ke negara lain yang terpisah jauh daripada amerika beribu2 kilometer jauhnya.
Kita tak tahu apakah trump akan jadi, mungkin dia akan membawa revolusi yang menjadikan dunia ini lebih baik, atau sebaliknya, kita harap yang baik2 saja.
DISCLAIMER
ARTIKEL INI HANYA PANDANGAN PENULIS SAJE JE, JANGAN NAK MENGADA AMIK SERIUS, KALAU HANG BUAT JUGA HANG MEMANG KUCING.
ICBM- intercontinental ballistic missile