Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ini H nak sambung cerita mengenai manusia.Manusiakan hebat.Betul tak?Ok....Siapa kita? Betulkah kita ini hebat?
Manusia ialah makhuk Allah
yang begitu hebat.Kitalah satu-satunya makhluk yang diberi kelebihan berbanding
makhluk yang lain.Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik
kejadian,keadaan dan kehebatan.Tidak ada makhluk lain yang berkongsi kedudukan
yang sama dengan diri kita.Walaupun ada desas-desus yang mengaitkan kita dengan
haiwan.Ya,benar kita ialah haiwan.Namun,kita bukanlah haiwan yang hakiki cuma
kita haiwan yang bersifat majazi.Kita mungkin ada persamaan dengan makhluk yang
tidak berakal itu.
Ya,mungkin kita tidur dan mereka tidur,tapi memang sifat makhluk yang memerlukan tidur.Mungkin juga kita perlukan makanan dan minuman tapi memang kita perlukannya kerana memang Allah telah tetapkan begitu.Kita juga ada tempat tinggal yang selesa untuk kita berlindung,berehat dan tidur.Tetapi,itu memang sifat makhluk yang perlukan tempat tinggal.Sahabat,fikirkan semula,pastikah anda mahu digelar haiwan hanya kerana berkongsi sifat yang asasi bersama mereka.Tidak!Hal ini kerana, Allah telah mencipta kita dan meletakkan kita di muka bumi untuk menjadi tempat tinggal dan tempat menetap kita.

Bukan itu sahaja,Allah juga
menjadikan bumi ini didiami oleh makhluk-makhluk yang lima.Oleh itu,mustahil
untuk kita tinggal dan hidup di muka bumi melainkan kita perlulah mempunyai
sifat-sifat asas yang dibincangkan sebentar tadi.Lainlah kalau malaikat yang
tidak berjantina,tidak makan dan minum tidak menjalani kehidupan seperi
kita,berkahwin, tidur dan berehat.Oleh sebab itulah,Allah tidak jadikan
malaikat untuk mendiami bumi kerana tidak mempunyai sifat-sifat asas.Jika
tidak,tidak ada bezanya keadaan bumi ini sebelum mereka dan selepas
mereka.
Malah mereka tidak akan mempunyai pengalaman untuk menguruskan alam bumi ini kerana mereka tidak mempunyai dan merasai sifat-sifat asas yang ada pada mergastua bumi ini.Hal ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa mereka tidak mampu menjawab soalan yang diajukan oleh Allah mengenai nama-nama yang diajar oleh Allah kepada bapa kita,Nabi Allah Adam a.s.Dan baginda dapat menjawab satu-satu nama tersebut dengan tepat.

Kita bukan haiwan.Walaupun,kita berkongsi sifat yang sama tetapi kita bukan seperti itu.Malah baginda Rasul-Rasul yang telah diutus oleh Pencipta juga berkongsi sifat yang sama dengan kita.Lihatlah Penghulu Para Rasul dan Nabi-Nabi,makhluk terbaik sepanjang zaman,penutup Para Rasul iaitu Baginda Muhammad S.A.W.Baginda juga makan, minum, tidur, ketawa, beriadah, menunggang, berkahwin, berbual, berhibur, membuat jenaka, sedih, menangis, membuang hajat, berperang, memasak, berniaga dan mempunyai ibu dan bapa.Namun, kita tidak akan sanggup mengatakan baginda ialah haiwan kerana baginda adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah dan telah diiktiraf sendiri oleh Raja sekalian alam bahawa Muhammad mempunyai akhlak yang paling terpuji.
Justeru itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa manusia ialah makhluk yang paling hebat ,paling sempurna di alam ini.Namun begitu, cendekiawan Barat cuba mengaitkan diri kita dengan monyet sebagai salah satu agenda mereka bagi memperjuangkan teori yang tidak relevan iaitu Teori Evolusi yang diperkenalkan oleh Charles Darwin.
Teori ini jelas menyatakan
bahawa manusia telah berevolusi daripada haiwan laut kepada haiwan darat dan
daripada monyet kepada kita, iaitu manusia moden yang berasal daripada Homo
sapiens salah satu spesies monyet yang berevolusi menjadi manusia hari
ini.Teori ini telah menjatuhakan kedudukan manusia daripada martabat yang
paling tinggi kepada martabat yang amat hina.Kita bukanlah monyet yang bergayut
di pokok lalu secara evolusi bertukar angin hendak berjalan di darat.Sahabat
fikirkan,Nabi Adam, manusia pertama yang diciptakan Allah itu bukanlah daripada
monyet.Jelas Allah telah berfirman bahawa Dia telah menjadikan Adam a.s
daripada segumpal tanah bukan evolusi jutaan tahun daripada single cell(sel
induk) menjadi beruk lalu bertukar wajah menjadi manusia.
Satu perkara yang pasti,Charles Darwin sendiri mengakui bahawa sekarang tidak ada lagi spesies yang sedang menjalani evolusi.Jika teori beliau benar maka hari ini kita sendiri boleh saksikan beruk yang mula berhenti bergayut di pokok dan mencari habitat baharu seperti di gua dan mula belajar menggunakan alat-alat batu,kapak batu dan memasuki zaman awal batu mereka seperti mana yang direkodkan berlaku kepada ‘nenek-moyang’ kita pada zaman Paleolitik.Agak lucu untuk kita lihat teori ini masih diterima pakai oleh para sarjana, cendekiawan yang bergelar Doktor, Professor dan Canselor universiti terkemuka dunia.

Jadi kenapa saya mengatakan manusia hebat?Yang pertama,sebab saya kata diri saya hebat dan berpotensi menjadi hebat.Yang kedua,saya tidak sanggup mengatakan diri saya ini merupakan keturunan monyet atau apa-apa sahaja haiwan yang hanya tahu tidur,makan,minum, bergayut dan menjerit tanpa sebab.Saya yakin dengan penuh maksima bahawa anda sendiri tidak sanggup mengatakan bahawa anda mempunyai ramai kenalan di Zoo Negara, hutan Borneo ataupun mana-mana tepi jalan di kawasan hutan.Betulkan?Jadi saya ulang balik soalan yang mungkin sepatutnya anda yang bertanya iaitu kenapa manusia itu hebat?Why?
Walaupun kita mungkin mempunyai sifat-sifat asasi yang sama dengan manusia tetapi hakikatnya tetap berbeza.Saya dah kata sebentar tadi bahawa kita mungkin mempunyai sifat yang sama tapi bukan hakikat cuma bersifat metafora.Betul atau tidak?Ya, barangkali anda tidak faham akan apa yang saya tulis ini walaupun saya menulis menggunakan bahasa Melayu yang digunapakai dalam semua buku teks anak-anak anda yang berbahasa Melayu.Atau mungkin buku teks cucu anda, saudara anda, ohh sepupu anda, mungkin kawan atau teman hidup atau anak kepada kawan ayah anda atau anda sendiri.(Bergantung kepada taraf pembaca)Jadi biar saya mudahkan.Mari kita lihat dan menggunakan Prefrontal Cortex kita sebentar.Pertama anda pernah makan nasi?Mungkin soalan saya agak tidak relevan.Tapi majoriti rakyat Malaysia makan nasi kerana ia merupakan makanan asasi kita sejak turun-temurun.Okay.Soalan saya ada tak haiwan lain yang makan nasi?Barangkali ada tetapi biar saya terangkan mungkin kucing anda yang bernama Comel ke, Tompok ke atau Meow makan nasi tetapi itu nasi yang manusia masakkan untuknya.Ok2.
Soalan saya mudah, ada atau tidak haiwan yang mengutip beras daripada sawah padi dan rendamkan dalam air serta panaskan supaya menjadi nasi dan makannya lalu menjadi menu harian utama mereka?Tidak, malah mustahil.Ok, mungkin tidak dalam mimpi anda tetapi sudah jelas hanya manusia yang ambil beras dan rendamkan dalam air dan panaskan serta hidangkan dan dimakan.Ok, itu yang pertama, seterusnya, haiwan juga tidur.Cuba lihat kera di mana mereka tidur.Ya,cara mereka tidur sama macam mana mereka jaga iaitu bergayut.Namun, lihat manusia, juga tidur namun mereka akan tidur di dalam ruang yang teduh dan hari ini mereka tidur di atas katil.Lokasi manusia tidur agak pelbagai, ada yang tidur dalam hutan(bukan macam kera), di puncak gunung, tengah-tengah padang pasir, tengah-tengah lautan sama ada Lautan Pasifik, Lautan Atlantik atau Lautan Hindi dalam satu pelayaran, atau manusia juga tidur dalam lautan yang gelap dalam sebuah kapal selam nuklear sama macam ikan, atau di savannah di tengah-tengah benua Afrika sama macam zirafah, atau di tengah-tengah udara dalam satu penerbangan yang agak jauh di mana tidak ada haiwan yang tidur di tengah-tengah awan dan terbaru tidak ada haiwan seperti manusia yang tidur di International Space Station (ISS) yang mengorbit Bumi dengan kelajuan 7.67 kilometer persaat,(27,600 km/j; 17,200 batu sejam) di ruang angkasa lepas di mana tiada udara, tiada mikrob yang hidup dalam keadaan yang terdedah terus dengan radiasi angkasa lepas yang boleh menyebabkan mutasi gen yang boleh membawa kepada kerosakan gen-gen manusia yang boleh mengakibatkan kanser, ketumbuhan, kelahiran bayi pramatang, kecacatan anggota yang kekal yang boleh diwarisi hingga ke cucu-cicit dan kerosakan otak yang boleh membawa kepada maut.
Jelaslah bahawa manusia agak
hebat dan memang hebat dengan keadaan yang tidak boleh dibayangkan oleh akal
kita yang waras.Saya rasa masih banyak lagi evidens bahawa manusia sebenarnya
makhluk terunggul di alam ini.Kita lihat sendiri, benar sains sendiri
membuktikan bahawa haiwan berinteraksi antara satu sama lain dengan laras
komunikasinya yang sendiri.Ikan paus, mamalia terbesar di dalam lautan
berkomunikasi dengan spesiesnya yang sama dengan menggunakan bunyi ultrasonik
yang boleh didengari oleh kawanan ikan paus yang lain dalam lingkungan puluhan
kilometer daripada sumber.Haiwan lain juga berinteraksi dengan satu sama lain
dengan bahasa yang manusia sendiri tidak faham.Jika kita lihat komunikasi
manusia agak unik di mana kitalah satu-satunya makhluk yang mempelbagaikan
sebutan bahasa yang mengikut dialek masing-masing hingga membentuk ribuan
bahasa yang digunapakai oleh 7 bilion manusia sehingga hari ini.
Lihat kucing ataupun anjing, kedua-dua jenis spesies ini bertebaran di seluruh dunia.Namun, bahasa mereka tetap sama daripada dahulu hingga sekarang iaitu meow dan woof.Tidak ada dialek dalam bahasa mereka malah mereka tidak perlu hadiri kelas bahasa jika ingin melancong ke Itali kerana saudara mereka di sana juga berkomunikasi dengan bahasa yang sama iaitu meow dan woof.Masih tak percaya ambil Google atau Wiki baru anda tahu kebenarannya.Bahasa manusia juga amat berbeza dengan bahasa haiwan yang pasif dan jumud, tiada pembaharuan, kita sentiasa memperbaharui bahasa kita dengan kosa kata yang baharu dan perbezaan bahasa antara manusia telah menjadikan fenomena kemasukan perkataan bahasa lain kedalam bahasa asli membentuk kata pinjaman.Contohnya, bahasa Melayu mempunyai banyak kata pinjaman daripada bahasa lain seperti moden yang berasal daripada perkataan Inggeris iaitu modern dalam bahasa asalnya.Selain itu, perkataan akhir juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab.
Pembaharuan bahasa juga dapat disaksikan melalui terbitnya karya-karya kreatif yang menggunakan laras sastera yang agak tinggi.Inilah yang kita selalu gelar keindahan bahasa.Malah tidak cukup sekadar itu, manusia semakin maju dalam komunikasi mereka antara satu sama lain.Mereka mula menggubah puisi, sajak dan syair yang membentuk lagu.Tidak ada spesies lain kecuali manusia yang berinteraksi dengan menggunakan lagu.Bukan itu sahaja, manusia begitu menakjubkan hingga tidak perlu berkata dalam menyampaikan satu mesej hanya menggunakan melodi seseorang dapat mengetahui seseorang itu dalam keadaan yang sedih atau gembira.Bukankah wujud melodi yang dapat memberitahu kita sesuatu mesej seperti melodi yang bernada sedih, patriotik, bernada gembira dan teruja?Ya, benar.Malah , melalui gambar juga manusia dapat berhubung dengan satu sama lain kerana dalam satu gambar terselindung disebaliknya ratusan perkataan yang membentuk mesej yang tersirat.Perkara ini tidak ada pada haiwan lain malah amat jauh sekali untuk disamakan dengan manusia.Oleh itu, sudah terang tanpa lampu suluh bahawa kita ialah supreme creation(ciptaan agung) oleh The Eternal(Yang Kekal) iaitu Allah S.W.T.

.jpg)
(6)
Tamadun Mesir juga mempunyai
tulisan yang tersendiri iaitu melalui gambar berdasarkan vokal mereka. Mereka
melukisnya pada dinding-dinding dan akhirnya menggunakan kertas daripada pohon
papyrus yang ditanam di tebing sungai Nil.Tulisan manusia telah berkembang
menjadi lebih maju dan kompleks hinggakan mereka telah berjaya membentuk satu
sistem tulisan yang maju dan menjadi asas kepada tulisan moden hari ini.
Jadi, kita lihat betapa hebatnya manusia dalam menggunakan akal mereka yang dikurniakan oleh Pencipta Terunggul kita Allah S.W.T dalam menjalankan misi dan tugas mereka di atas muka bumi ini.Sejak dari zaman Nabi Adam a.s bagindalah manusia yang pertama memasak dan mendirikan tempat tinggal di atas muka bumi.Keturunan baginda telah berkembang dengan pesatnya lalu memungkinkan wujudnya kaum Nabi Nuh a.s, kaum yang pertama yang mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang asalnya merupakan orang-orang soleh yang telah meninggal dunia dan diagung-agungkan hingga menjadi tuhan baharu mereka.Kemudian, disambung dengan zaman Nabi Musa yang terkenal dengan Firaun yang kejam dan zalim.Begitulah tamadun manusia yang pada asalnya tiada apa-apa pada zaman Nabi Adam a.s akan tetapi dengan izin daripada Allah manusia telah berjaya menghasilkan tamadun yang hebat dan disegani walaupun telah hilang ditelan zaman.Bukan ingin mengagung-agungkan tamadun yang telah menentang Para Rasul, namun saya ingin ajak saudara semua untuk berfikir bahawa manusia itu asalnya memang hebat.Pada zaman Firaun, tanpa bantuan alat GPS(Global Positioning System), komputer, Google, Wikipedia dan teknologi jentera berat, bangsa mereka masih mampu berdiri membentuk satu tamadun yang mampu bertahan selama ribuan tahun, walaupun mereka tinggal di kawasan yang kita sering gambarkan sebagai tandus, kering, mati, gersang, sunyi dan penuh dengan pokok kaktus.
Jadi, jika mereka boleh kenapa kita yang hidup dalam keadaan mewah ini dengan dilimpahi pelbagai sumber petroleum, timah, bijih besi, emas, balak, dan sumber air tawar yang cukup, serta dengan tenaga elektrik, GPS, Internet dan macam-macam lagi tidak mampu untuk menjadi hebat lebih daripada mereka.Kita beriman kepada Allah dan mengimani semua Rasul dan Nabi tanpa seorangpun daripada kalangan mereka kita tolak.Oleh itu, saya ulang sekali lagi bagi semua faham, bukan nak mengagung-agungkan tamadun yang menentang Rasul tetapi nak bagi mangkin bagi kita buat refleksi, kenapa kita tidak mampu ehh bukan tidak mampu sebab kita ada banyak kemampuan nak berjaya tapi kenapa kita tidak boleh?Satu persoalan tetapi semua bebas menjawab, ayuh kita buat satu anjakan paradigma bahawa kita ialah makhluk yang terhebat, teragung dan paling sempurna.
SEGALA PENULISAN DI ATAS ADALAH HAK
CIPTA PENULIS BLOG.SEGALA KESALAHAN DALAM PENULISAN ADALAH AMAT DIKESALI.H
HARAP PEMBACA YANG BUDIMAN DAPAT MEMBERIKAN RESPONS POSITIF MENGENAI PENULISAN
SAYA.
BUAH
CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL
GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA
BUDAK BARU BELAJAR
KALAU
SALAH TOLONG TUNJUKKAN
SEKIAN SAHAJA
DARIPADA SAYA, INSYA-ALLAH NANTIKAN PENULISAN SAYA YANG AKAN
DATANG.ASSALAMUALAIKUM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan