Ahad, 30 November 2014

 MiD


Minda islamik Dinamik


    
                       Allah S.W.T ,Pencipta kita telah mengisytiharkan akan program-Nya untuk menjadikan di atas muka bumi ini seorang khalifah.Pengisytiharan-Nya itu disaksikan oleh para hamba-Nya yang mulia,yang suci,gagah perkasa,taat dan tidak pernah sekali melanggar perintah-Nya walau apa jua keadaan sekalipun.Mereka jugalah yang sentiasa dalam setiap waktu dan ketika,berzikir, bertasbih, bertahmid memuji kebesaran Allah S.W.T Raja Tunggal di alam ini.Khalifah inilah yang akan menjadi Duta Rasmi Allah di alam ini yang akan membangunkan Bumi dan memakmurkannya seperti mana yang dikehendaki-Nya dan menegakkan kalimat Allah ,agar Ia disembah, dipuja, diseru dan dicintai.Siapakah Duta Rasmi Allah tersebut?Itulah yang difirmankan oleh-Nya dalam kitab-Nya yang qadim,Surah At-Tin ayat 4


                                                                           


                                            بسم الله الرحمن الرحيم

95:4




We have certainly created man in the best of stature;
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian.
     
        Nah itulah manusia makhluk yang dicipta oleh Tuhan dengan tangan-Nya sendiri yakni kuasa-Nya.Sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan.

     Tugas sebagai khalifah ini merupakan satu tugas yang mulia dan agung sebenarnya.H (penulis) yakin bahawa kita sebenarnya agak bertuah untuk menjawat jawatan besar ini.Ini bukanlah jawatan CEO sebuah syarikat besar, atau jawatan sebagai Setiausaha Sulit Menteri Besar, ini juga bukan jawatan Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan,atau sekadar suri rumah sepenuh masa.Ini juga bukan jawatan Pengetua sebuah sekolah bestari Malaysia atau hanya pencuci pinggan di sebuah restoran mamak, dan jawatan ini bukannya jawatan sebagai Ketua Murid, Ketua Platun, Ketua Dorm, Ketua Kelas atau Ketua Pemegang Rekod Salah Laku Disiplin Terbanyak Tahun Ini.Ini bukan jawatan yang boleh ditauliah melalui on paper, ini juga bukan jawatan yang boleh dipohon melalui online.Namun, ini merupakan jawatan yang diberi oleh Allah, ditauliah oleh-Nya dan dilantik oleh-Nya secara rasmi.Oleh sebab itu,H juga berkeyakinan tinggi bahawa setiap daripada kita tersembunyi di dalamnya satu kuasa,potensi yang hebat yang dikurniakan oleh Pencipta kita Allah.

Insya-Allah,H akan menulis lagi mengenai tugas hebat ini dan menghuraikan apa itu MiD.Teruskan bersama saya, H dalam perbincangan yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan