Ya ini merupakan tajuk yang saya pilih untuk penulisan saya hari ini.Nampak biasakan takdelah gempak sangat.
Assalamualaikum semua.Hari ini saya mahu bercerita bukan bersyarah tapi sekadar perkongsian bersahaja mengenai potensi manusia.Dah baca dah maklumat mengenai saya di sebelah tuu.Haa, itulah saya, saya bukannya pak nujum atau pakar motivasi atau apa-apajelah.Tapi, saya hanya lelaki biasa yang melihat seseorang itu berdasarkan pengetahuan cetek saya.Saya ingin tegaskan bahawa saya bukanlah pakar atau doktor tetapi hanya orang biasa jadi apa-apa saja yang saya tulis ini terpulanglah pada pembaca untuk menerimanya dengan hati yang terbuka atau mahu menolaknya.Sebarang kritikan atau komen atau nasihat bolehlah dilontarkan sebab saya hanya remaja yang bukanlah bajet pandai tetapi hanya biasa-biasa je.Saya juga bukanlah pandai sangat dalam kelas saya.Tak macam orang lain yang lebih pandai daripada saya.Tapi betul kata ustaz saya sepandai-pandai manusia lagi pandai Allah kerana kepandaian manusia itu juga kepandaian Alllah juga.Ok saje je nak berceloteh pagi-pagi ni.
Jadi, sebelum ini saya bercerita tentang kehebatan manusia.Tetapi, sebenarnya kehebatan manusia bukan sekadar itu sahaja. Hari ini, saya nak sambung perbincangan kita dengan topik yang baharu iaitu POTENSI MANUSIA BUKAN BIASA TAPI LUAR DARI KEBIASAAN YANG BIASA.Setiap orang bagi saya adalah hebat dan menakjubkan.Tidak ada istilah special human sebab kita semua adalah sama.Bukankah bapa kita sama belaka iaitu Nabi Adam jadi kita semua ini sama.Tetapi lainlah istilah insan terpilih macam Para Rasul dan nabi dan sahabat.Mereka itu telah dipilih oleh Allah untuk menjadi hebat sebab nak jadi pengajaran kat orang kat zaman penuh dengan maksiat dan kejahatan yang berleluasa.Tetapi saat le ni semua orang boleh jadi hebat.Memang kita tidak boleh mencapai makam atau darjat para rasul tetapi kita boleh tiru mereka sebab itu Allah mengutuskan Rasul-Nya daripada kalangan manusia bukan malaikat dan bukan jin apatah agi haiwan.Pernah tengok semut mengetuai kawanan gajah, tidak sebab memang lumrah ciptaan Allah bahawa pemimpin satu makhluk mestilah datang daripada kalangan makhluk yang sama jenis dengan mereka.Begitulah manusia.Nak memimpin makhluk terbaik sepanjang zaman ini mestilah Allh mengutuskan makhluk paling mulia, dan takkanlah Allah nak mengutuskan Rasul pada kita daripada malaikat sebab Allah sendiri yang mengarahkan mereka termasuklah Azazil aka Iblis laknatullah alaih untuk tunduk hormat kepada Bapa kita Nabi Allah Adam a.s.Sebab itu Allah menghantar manusia yang dilantik menjadi Rasul untuk memimpin umat manusia.
Ok.Mungkin saya agak menyimpang daripada tajuk tetapi memang saya dah beritahu bahawa hanya perkongsian sahaja.Ok.Saya rasa mungkin anda semua berasa pelik tapi mungkin ada yang biasa sahaja dengan tajuk saya hari ini.Baiklah, mari kita fikir dengan baik-baik atau orang putih kata apa contemplating mengenai tajuk ini.Semua orang mahu hebat tapi siapa tahu dia itu memang hebat.Agak sedikt berbanding orang yang mahu sebentar tadi.Tetapi jika saya tanya siapa rasa dia memang hebat.Mungkin boleh dibilang dengan jari tidak termasuk jari kaki atau jari orang lain.Jadi siapa kita? Adakah benar kita ini hebat?Ya anda semua memang hebat dan berhak hebat.We are all special.We have a great potential within us that lies inside that everybody can tap it, can start it and improve their life. Ok saje nak speaking saya ni bukanlah hebat sangat.Kejap tadi saya kata kita semua hebat tetapi kenapa saya tulis 'saya ni bukanlah hebat sangat' tadi bukan main saya tulis anda semua hebat dan mampu hebat serta berhak hebat sebab kehebatan itu hak anda.Haa, nanti saya huraikan, tapi anda boleh fikir dahulu sebab mungkin saya akan beri jawapannya nanti.So don't wait for the answer.Find it by yourself.Baru best sikit bagi brainstorming sikit takyahlah kita ini sekadar terima telan dan hadam.Kita pun kena fikir juga baru syok.
Macam saya kata tadi bahawa kita semua ini hebat betultak?Jadi masih ramai di luar sana yang mungkin pembaca pernah lihat atau pernah alami sendiri berkenaan sifat putus asa.Ramai orang putus asa di luar sana sebab rasa sudah tiada harapan dan tidak boleh kehadapan sudah.Selalunya penyakit ini sering dihidapi oleh golongan yang bekerja atau yang sedang ditimpa dengan suatu kesulitan yang agak berat.Mungkin anda pernah rasa seolah-olah pintu semua telah tertutup buat anda dan kelihatannya sudah tidak ada cara lain.Juga mungkin anda juga rasa semua orang sudah tidak sayangkan anda atau tinggalkan anda keseorangan, kesunyian dan juga anda rasa orang yang sepejabat dengan anda atau sekelas dengan anda membenci anda dan berhasad dengki dan berniat tidak baik terhadap anda.Anda juga mungkin berasa diri sudah tidak bernilai lagi dan rasa macam semua orang bencikan anda.Anda juga mungkin berasa takut dan tiada keyakinan diri untuk kehadapan dan merasakan bahawa anda sudah tiada masa hadapan sebab anda mungkin terlibat dengan jenayah atau gagal dalam sesuatu peperiksaan yang anda anggap merupakan 'penentu' masa depan anda.Atau juga anda mungkin pernah alami keadaan di mana kawan makan kawan atau anda kehilangan sahabat atau sahabat anda meninggalkan anda atau juga anda putus hubungan dengan orang yang anda cintai atau juga anda mengalami masalah yang double triple, atau anda ada masalah keluarga yang tak selesai lagi, asyik keluar masuk mahkamah je atau anda mengalami masalah kewangan seperti hutang atau anda diisytihar muflis atau perniagaan anda bankrup kena gulung tikar.Ok mungkin banyak lagi masalah yang saya tak mampu nak tulis.
Jadi apapun masalah anda, satu sahaja saya nak cakap relax.Macam saya kata kita ini hakikatnya hebat dan berpotensi tinggi dan mampu mengorak langkah kehadapan. Jika tidak mana mungkin Allah mengiklankan dan siap buat pengumuman kat langit tu beritahu kat semua malaikat-Nya yang kita kenal baik, suci muka tak bersalah dan sentiasa buat baik tu tiba-tiba Allah kejutkan mereka dengan satu pengumuman tentang sesuatu.Nak tahu apa yang Allah umumkan kat sana, apa yang tiba-tiba Allah nak hebohkan itu, macam ginilah Perdana Menteri buat satu sidang media secara tiba-tiba.Tengah-tengah syok layan cerita tiba-tiba keluar satu penyataan HARAP MAAF KAMI TERPAKSA MENANGGUHKAN SIARAN KAMI UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA SATU SIDANG MEDIA TERGEMPAR OLEH YBHG PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBENTAR SAHAJA LAGI.Pernah alami macam tu, so kalau lihat pada akal yang waras apakah perkara yang nak disampaikan oleh Perdana Menteri itu, kalau logiknya semestilah perkara yang amat penting dan bukan main-main, takkanlah Perdana Menteri buat begitu hanya semata-mata nak beritahu makan tengaharinya amat lazat.Mustahil.Jadi semestilah perkara nak disampaikan itu perkara yang amat besar, amat penting, antara hidup dan mati.Begitulah dengan pengumuman Allah.Jadi apa yang Allah nak umumkan?Dia nak umumkan mengenai kehendaknya untuk mencipta khalifah di atas muka bumi.Siapa khalifah tu?Grand sangat nak kena umumkan tu.Siapa yang Allah nak umumkan tu?Itulah manusia, itulah kita itulah setiap daripada kamu.Allah umumkan kat malaikat-Nya yang setia itu tentang perancangan-Nya nak mencipta manusia sebagai wakil-Nya kat muka bumi.Siapa yang umumkan?Allah yang umumkan beb bukan Perdana Menteri dan bukan Sultan tetapi ini Allah Raja sekalian alam.Hantu pun berada bawah kekuasaan Allah.Jadi fikir detul-betul.Kita ini sebenarnya sangat hebat bukan main-main tetapi memang hakikat.Kita ini sangat hebat.Takkanlah dah kena umumkan macam tu pun rasa diri masih tak berguna.Sebenarnya diri anda semua termasuklah saya sebenarnya sangat istimewa.
Tuntasnya, apa-apapun keadaan ingatlah kita ini sangat hebat dan tersembunyi dalam diri kita satu potensi yang tidak mampu dibayangkan oleh akal.Jadi saya mengajak diri saya sendiri dan pembaca semua untuk membuat satu anjakan paradigma dalam mengubah diri dan meyakini bahawa kita sebenarnya sangat hebat.
Sekian sahaja daripada saya, segala kesilapan, terkasar bahasa atau ada yang terasa hati mengenai penulisan saya saya susun 10 jari pohon ampum dan maaf.H harap anda semua sedar dan mampu berubah menjadi insan yang bertakwa dan berpotensi hebat untuk Allah.
Sebarang komen, maklumbalas dan kritikan amatlah dihargai.Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh.Azan Zohor.