Sabtu, 5 Ogos 2017

A Penting Tapi Bukan Segalanya

A TAK PENTING DAN TAPI BUKAN SEGALANYA

Aku dahulu sejak tahun 2014, mempunyai satu pandangan bahawa A bukan penting. Ia benar2 mempengaruhi kehidupanku kerana tekanan untuk mendapatkan A itu amatlah perit, sehingga jiwaku bangkit memprotes pandangan kontradik yang mengatakan A itu segalanya.

Namun setelah hampir 3 tahun aku keluar daripada sekolah, aku dapat tahu pandanganku betul namun hanya separuh, separuh lagi aku silap. Apa yang betul dan apa yang silap? Dan mana satu yang lebih tepat? Disini aku nukilkan satu kisah dongeng yang berinspirasi benar bagi menjawab persoalan itu.

Alkisahnya,
Ahmad seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK Kangkung Hijau Layu. Dia merupakan salah seorang pelajar daripada 30 pelajar yang ditarget straight A's dalam SPM. Namun menjelang bulan April, Zul menjadi makin stress akibat tekanan daripada gurunya, ibu bapanya, pakcik dan makciknya serta neneknya. Dia juga mula menunjukkan sifat protes terhadap idea bahawa A itu penting. Perlahan2 dia mula mendapat idea bahawa A bukan segalanya dan tidak penting.

Zul mula kurang belajar dan lebih banyak menyendiri dan melepak. Disaat hari exam, ramai kawan-kawannya study mcm kilat, berbincang, membuat nota, menghafal point2 dengan tekun dan bersungguh di tepi kolam di tepi dewan, kesemuanya dilakukan last minute. Tapi Zul memilih jalan lain, dia sudah muak dengan perangai kawannya yang studi bagai nak rak last minute tapi waktu free yang sebelum ni, guna utk main, tidur dan lain2. Disebabkan kemuakannya itu, dia percaya bahawa pandangannya benar bahawa A tak penting dan bukan segalanya. Dia hanya duduk termenung melihat hipokrasi kawan2nya, yang mengatakan belajar kerana Allah namun hanya buka buku bila sehari sebelum exam.

3 minggu selepas exam, result pun keluarlah. Prestasi Zul menurun dalam ujian kali ini, namun kebanyakan pelajar ada yang baik ada yang buruk. Kebanyakan pelajar mula berzikir dengan kalimat Redha, Redha, Redha, apabila ditanya sesama kawan akan keputusan exam, tanpa mereka menginsafi bahawa keputusan yang mereka dapat adalah disebabkan usaha mereka yang suam2 kuku sahaja. Namun berbeza dengan Zul yang kelihatan seperti tidak terkesan dengan penurunannya, kerana percaya bahawa A tak penting dan bukan segalanya.

Namun, walaupun Zul tak kisah akan penurunannya, cikgu Robiah,guru kelas Zul, perasan akan penurunan prestasi Zul. Bagi memastikan setiap anak muridnya berjaya, cikgu Robiah mula mengambil insentif bagi membantu Zul.

cikgu Robiah memanggil Zul ke bilik kaunseling memandangkan bilik itu tidak digunakan orang ramai, justeru memudahkan cikgu Robiah mengambil langkah terbaik bagi membantu Zul tanpa sebarang gangguan.

Bagi memulakan sesi cikgu Robiah bermula dengan bertanya akan keadaan Zul sama ada dia mempunyai sebarang masalah.

Cikgu Robiah(cr): Zul, cikgu perasan markah zul makin menurun dalam ujian yang lepas, dan ia agak ketara. Zul ada masalah ke?

Zul:(berdiam diri)

cr: takpe, cikgu takkan marah, kalau zul ada masalah, zul beritahu sahaja, tak perlu takut.

Zul: zul takde masalah apa2. zul ok je.

cr: tapi cikgu lihat markah zul makin kurang, adakah sebab zul tak boleh ikut apa cikgu ajar, atau cikgu yang tak ajar baik2 kat zul?

zul: ok je belajar, cikgu2 semua baik, takde masalah pun.

cr: jadi apa masalah zul? zul tak suka belajar kat sini?

zul: zul suka belajar sini, tapi...

cr: tapi apa zul?

zul: saya rasa tak puas hati dengan budaya sekolah ni.

cr: apa maksud zul?

zul: zul rasa A tak penting sebenarnya, lagipun zul pernah baca kat facebook pasal budak yang grad tapi kerja kfc. Tapi budak yang tak lulus SPM boleh ada kerja yang stabil. Malah steve  jobs, bill gates, mereka dapat jadi jutawan tapi tak graduate drpd uni pun.

cr:(ahh klasik argument)-- cikgu bermonolog dalam hatinya.
cr: baik zul. apa yang zul cakap itu benar, tapi cikgu nak tunjuk yang zul sebenarnya silap sedikit.

zul: silap kat mana cikgu?

cr: nah ambil rm1 ni, pastu pergi beli air gau sebotol kat coop.

zul pun keluar membeli air, selepas beberapa minit zul datang dengan membawa sebotol air gau...

zul: cikgu nah.

zul memberikan air itu ke cikgu robiah.

cr: ha baiklah. sekarang cikgu nak tanya berapa liter air dalam botol ni?

zul: 500 ml.

cr: macam mana awak tahu?

zul: sebab kat botol tu ada tulis 500 ml.

cr: siapa yang isi air ni dalam botol?

zul: orang gau lah. diorang yang isi.

cr: pastu macam mana orang gau tu boleh isi tepat2 500 ml, tak terlebih tak terkurang?

zul: dia sukat dulu air dengan penyukat 500 ml, pastu isi dalam botol.

cr: kalau dia guna penyukat 400 ml, dapat tak?

zul: nanti jadi tak penuh lah.

cr: kalau tak penuh boleh jual tak air tu?

zul: tak bolehlah cikgu, tu dah kira menipu.

cr: maka begitulah dengan A. kita jadikan A ni sebagai penyukat, bukan penyukat cerdik atau tak, sebab orang meniru pun boleh dapat A, tapi penyukat untuk check dimana tahap kita dalam pembelajaran.

zul: oh, kira macam gamelah cikgu? ada level2 dia yang kita kena main kan?

cr: yup. sama macam game. namun macam kes penyukat 400 ml tadi, kalau kita guna penyukat tu, maka botol air tu kira tak penuh dan tak patut dijual. maka samalah dengan pembelajaran di sekolah, kalau kamu masih tak dapat A, maka kamu tak patut berpuas hati, kerana botol kamu masih belum penuh, yakni ilmu kamu masih kurang dan tak cukup.

(zul mengangguk2 kepalanya)

cr: maka kalau zul betul2 nak belajar maka jadikan A tu bukan matlamat, namun sebagai kayu ukur sahaja. mengukur tahap penguasaan zul dalam subjek itu. kalau zul tak dapat A, maka tugas zul bukan kata Zul tu bodoh, cuma Zul masih tak isi penuh lagi air, zul hanya perlu tambah sikit air sampai penuh 500 ml.

zul: maknanya zul perlu studi lebih sikit supaya dapat A kan?

cr: ya, tepat sekali.

zul: jadi A tu penting, ibarat penyukat yang sukat air. tanpanya maka kita tak dapat isi air dalam botol dengan jumlah yang tepat. A penting dan segalanya.

cr: haa, sebab tu saya cakap zul betul tapi silap sikit. zul betul bila zul cakap A bukan segalanya, cuma silap kat A tu tak penting. Hakikatnya A tu penting namun bukan segalanya.

zul: macam mana pulak cikgu, kan cikgu baru tunjukkan bahawa A tu penting, macam mana ia bukan segalanya.

cr: sebab itu cikgu cakap, A bukan matlamat tapi hanya penyukat, katakanlah kalau kamu nak pergi ke gurun, kamu bawa berapa liter air, 500 ml atau 500 l?

zul: of kos 500 l, takkan 500 ml, mana cukup.

cr: maka begitulah kehidupan, A itu 500 ml, tapi kehidupan di luar memerlukan 500 l air, justeru takkan hanya dah dapat A sudah merasa cukup. Hidup memerlukan lebih daripada A, penyukat 500 ml tak boleh sukat 500 l air. Untuk itu, kamu perlu tukar penyukat.

zul: maknanya katakanlah saya dapat A, maka saya tak patut berhenti.

cr: ya, memang kamu tak patut berhenti, kamu kena terus berusaha meletakkan cita2 baharu yang lebih tinggi daripada A. Seperti mengkaji dengan lebih mendalam subjek kamu itu, lakukan soalan yang beraras tinggi. namun sebelum kamu capai kepuncak kena mula di bawah, maka begitulah dengan A, mula dulu dengan cuba mencapai A, pastu bila dah dapat A, try lakukan soalan yang lagi susah.

(zul mengangguk)

cr: sebagai contohnya lah, kalau dalam bahasa Arab, kamu study molek2 sampai dapat A, lepas dapat A, try pergi lagi jauh dan mendalam, macam cuba speaking arab, cuba hafal 1000 perkataan.

zul: tapi, ni macam cikgu buatkan A tu sangat rendah nilainya.

cr: ye, ia memang rendah, tapi masih penting cuma bukan segalanya, dalam bidang keilmuan, sesungguhnya A baru setitik daripada ilmu2 yang manusia kumpulkan setakat ini, sedangkan ilmu2 yang manusia kumpulkan pula hanya secalit daripada lautan ilmu Allah. ada orang dapat A dalam pendidikan islam, namun hadis yang dihafalnya hanya 2. sedangkan ulama dahulu hafal 300 ratus ribu hadis.

cr: cikgu juga nak tunjukkan bahawa A baru permulaan, sedangkan manusia lebih hebat daripada itu, kalau imam syafie yang hidup tanpa alat2 moden yang membantu kita boleh hafal muwatto, takkan kita setakat A dah semput. maka jatuhlah nilai keilmuan manusia, maka tunggulah kebinasaan. kalau kamu kata imam syafie hidup ratusan tahun lampau, cikgu bagi contoh zaman sekarang, pelajar kita bagai nak rak dapatkan A, tapi last2 pelajar luar negara lagi tinggi nilai ilmu mereka, mereka tak jawab soalan sejarah seperti kita, mereka diminta untuk huraikan dalam test sejarah diorang tentang punca2 kekacauan dan ketidakstabilan di Timur Tengah sekarang. Dan huraian mereka dalam esei.

zul: perghh... hebatnya. jadi selama ni zul tersilap, A memang penting tapi macam cikgu kata bukan segalanya. dan ini juga bermakna kita ni masih jauh lagi ni, sedangkan A tak capai lagi, apatah lagi nak pergi lagi jauh. tapi hakikatnya cikgu, bukan senang nak dapat A cikgu, jadi macam mana pelajar luar negara boleh jadi hebat camtu. adakah genetik mereka lagi baik daripada kita? kan diorang kulit putih, mata biru, mesti otak diorang kaw juga kan?

cr: haha, itu kamu kena tanya cikgu lain, cikgu tak tahu, yang penting kamu dapatkan apa yang cikgu cakap tadikan?

zul: ya cikgu, terima kasih, sekarang..saya dah faham..saya akan mula belajar dengan baik lepas ni. nasib baik cikgu buka mata saya, kalau tak habis sesat zul.

cr: takpe, sama2. nanti kalau zul nak tanya cikgu ke, atau nak share problem ke, zul cakap je, cikgu akan tolong sebaik mungkin.

A Penting tapi bukan SEGALANYA.
Allah Is ALL.

MiD

August 4