Istiqamah
Success is cumulative in nature.
Pernah dengar ungkapan diatas? Mungkin anda belum pernah mendengarnya tetapi ungkapan kalimah ini ada benarnya dan ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia khususnya sebagai pelajar.
Kalau anda pernah mengambil statistik semasa Tingkatan 4 dan 5 dalam Matematik Moden, mungkin anda pernah mendengar perkataan cumulative atau kumulatif. Lebih-lebih lagi bagi penuntut-penuntut ilmu di IPTA mahupun IPTS, tak lupa juga STPM. Malah perkataan Inggeris Cumulative yang diabadikan dalam huruf C dan digabungkan dengan huruf G dan P serta A menjadikan ia satu perkataan keramat yang menjadi mimpi serta igauan ngeri buat mereka khususnya mahasiswa dan mahasiswi.
Namun bukan itu yang saya nak fokuskan. Saya hanya mahu fokus kepada perkataan kumulatif.
Menurut kamus Oxford Dictionary, Cumulative ialah adjective yang merujuk kepada kata sifat di dalam bahasa Inggeris yang membawa makna:
Increasing or increased in quantity, degree, or force by successive additions.
Faham tak?
Kalau tak biar saya huraikan sikit,
Katakanlah anda ada sebakul durian, ermm sedapnya...dalam sebakul ada 10 biji, pastu pada hari esok anda dapat satu bakul lagi, dan lusa anda dapat satu bakul lagi. Sekarang berapa banyak durian anda telah perolehi?
Jawapannya 30 biji kan. Well my friends itulah kumulatif. Dimana anda mengumpulkan jumlah yang ada kepada jumlah yang baharu, menambah jumlah harian semalam ke hari ini dan seterusnya.
Contoh lain yang saya boleh kaitkan dengan kumulatif ialah dengan memberikan salah satu peribahasa melayu. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Mungkin anda faham makna yang nak disampaikan oleh peribahasa ini. Bahawa benda yang sikit tapi kalau kita berterusan setiap masa melakukannya maka ia akan jadi banyak satu masa nanti.
Maka dengan ini sampailah kita ke tajuk utama kita dalam perbahasan ini. ISTIQAMAH.
Nak tahu apa rahsia orang yang cemerlang, nak tahu rahsia orang yang berjaya, orang yang jutawan, orang yang mampu mengubah dunia?
Sudah pasti anda akan jawab ya! Dan jika saya tanya cuba teka apa rahsianya, maka anda akan cakap Istiqamah, sebab obviously nilah tajuk yang kita tengah cakapkan.
Jika anda merasakan jawapannya istiqamah, tahniah anda betul. Yayy!!
Tapi adakah anda faham?
Kalau anda baca buku build to last, ia menceritakan rahsia syarikat-syarikat visionary, yakni syarikat yang telah wujud sejak ratusan tahun lepas namun masih kukuh sampai sekarang. Penulis memberikan komen beliau tentang rahsia syarikat-syarikat ini, dan jawapan mereka Istiqamah.
Asal kejadian, syarikat-syarikat ini mula dengan agak kecil slow dan tak dikenali ramai. Biar saya bagi contoh, kenal Apple. Maka sudah pasti terbayang di minda anda iphone 7 ipad ataupun mac. Namun, adakah anda tahu asal-usul syarikat yang diasaskan oleh kacukan lelaki Syria dan Amerika ini, mereka bermula agak kecil, sangat kecil sampai boleh muat dalam garaj kereta rumah. Namun, setelah berpuluh tahun sehinggakan Foundernya terpaksa dibuang daripada syarikatnya sendiri dan kembali semula, syarikat ini dinobatkan syarikat paling berharga di bumi pada tahun 2012.
Rahsia mereka, Istiqamah.
Kunci yang menjadikan seseorang itu berjaya. Tidak sama sekali berhenti walau apa jua rintangan mendatang. Biarlah susah getir macam mana sekalipun, perkataan putus asa dan berhenti bukan satu pilihan. Siang malam mengerah keringat, terpaksa mengikat perut, namun berhenti tidak sama sekali.
Payah? Of course. Ia bukan senang, untuk terus sabar dan istiqamah berusaha melawan segala payah getir. Namun, ia berbaloi. Sebab ingat lagi kumulatif, biarlah sikit, tapi selagi kita berterusan melakukannya, maka dengan izin-Dia, kita boleh berjaya.
Inilah yang amat perit untuk dilaksanakan, bukan semua orang sanggup melakukannya. Jika kita bagi 100 orang baca buku Rahsia Nak Jadi Jutawan<DIJAMIN>, nescaya daripada 100 mungkin 0 yang menjadi, sebab nak jutawan senang dalam angan-amgan, tapi istiqamah bekerja untuk dapatkannya, maka ia satu exceptional untuk orang berjaya.
Namun, itu baru sikit, tahu apa paling payah?
Terus istiqamah walaupun dah berjaya.
Inilah delima orang yang berjaya, berhenti berusaha selepas merasakan mereka sudah berjaya.
Saya bagi contoh, contoh yang ramai orang buat termasuk yang menaip ni.
1) Selepas berjaya mendapat 11 A+ beliau langsung meninggalkan disiplin belajarnya semasa menuntut di Universiti, lantas beliau gagal mencapai kejayaan.
2) Selepas berjaya mendapat markah yang tinggi, beliau langsung jadi kurang mengulang kaji kerana menyangka dirinya sudah pasti dapat A sebab carry mark yang tinggi.
3) Selepas dia mendapat degree yang diidamkan dia tak mahu untuk mencuba benda baharu bagi memperbaiki hidupnya, lantas jadilah dia pengganggur tegar kerana tunggu posting yang tak kunjung tiba, ataupun cashier di McD yang berdegree. (Tahanlah sikit daripada yang SPM je)
Memang susah untuk istiqamah untuk berjaya, namun lagi susah untuk kita maintain momentum kita setelah kita dapat anugerah macam-macam.
Inilah jerangkap samar buat orang yang berjaya.
Bagi kita umat Islam, tidak ada istilah rehat di dunia ini. Rehat kita di nun jauh kat syurga insya Allah. Sebab, pertama, setiap saat ialah last minute, kita tak tahu bila kita kan bertemu si Dia, bila-bila masa sahaja cik. Kedua, kejayaan sebenar ialah bebas daripada api neraka serta masuk ke syurga-Nya. Yang mana kita takkan tahu unless kat akhirat nanti. Sebab tu, ulama yang sangat dekat dengan Allah, mereka sama sekali tidak akan kata aku lagi baik daripada kamu. Kerana mereka tahu hidayah milik Allah, ada je orang yang asal kafir namun menjadi orang yang dijamin syurga, yakni seperti Umar AlKhattab. Malah beliau agak kuat menentang Islam semasa awal Islam di Makkah. Namun, siapa sangka orang inilah yang akan sanggup mati untuk umat Islam.
Dan ada juga kisah orang yang asalnya baik, namun menjelang akhir hidupnya dia terpesong daripada jalan kebenaran, nauzubilllah min zalik.
So, apa tunggu lagi, jom istiqamah.